expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

April 13, 2009

Yang, malam ni...

Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Ingat lagi plan baik punya hujung minggu saya? Salah satu plan saya tu nak late lunch atau dinner di KLCC, sambil menggunakan voucher yang tamat tempoh akhir bulan ini. Well, tak jadi ok!

Mr. Hubby malas nak keluar dah. Malas ke penat jogging and main badminton bang? Lepas bangun pagi, kami anak beranak pegi jogging and main badminton kat Titiwangsa. Dalam pukul 10am, breakfast kat kedai favorite saya, Nasi Kandar Rashid. Roti Boom dia memang terbaik punya.
Then balik rumah, lepak-lepak. Sambil baca paper, Mr. Hubby ajak saya ke Carrefour. Sampai-sampai di Carrefour sambil menengok-nengok apa yang patut, Mr. Hubby cakap,

"Yang, masak gulai ketam malam ni boleh?"

Hmm, saya pun senyum ketam je la..tak nak masak kang, dia gi cari luar lagi bahaya kan? Lagipun kan orang tua-tua kata, ikat suami, ikat perutnya. Meh sayang ikat dengan kaki ketam ni ya..


Gulai cili padi ketam







2 comments:

l i e y n said...

ada plus tempe ke fatin?

MommyDania said...

harus le lieyn, suami den kan jawa. hehehe..tempe tu utk dania