expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

July 14, 2009

Haiii...Terjebak Lagi

Kalau pulang ke pangkal jalan kampung halaman, memang tidak sah menyinggah ke satu kedai ni. Walaupun kedai ni bukanlah di kampung halaman saya Mr Hubby, saya pastikan yang kereta Mr Hubby akan melencong ke sini sebelum terus pulang ke rumah. Kalau dia berkeras tidak mahu, saya akan merajuk tarik muka. Semestinya hodoh dan buruk. Jadi, supaya saya sentiasa kekal cantik berseri di mata Mr Hubby, keinginan itu pasti diturutkan.

Yang pelik, di KL tidak pula saya kepingin untuk ke kedai ini, atau pun kedai yang saya nak sangat pergi tapi jauh dan tak tahu di mana itu. Alaaa....kedai yang namanya M tu. Haaa... kedai tu saya nak pergi tapi tak pernah sampai. Ada sesapa nak bawak saya? Jadi, saya redha je la dengan kedai ni. Lagipun kedai ni namanya A, kan A lagi baik. huruf awalan. Kalau nak ke kedai A di KL tu, saya kena buat persiapan mental dan fizikal sebab jalan-jalan di situ sangat panas! Rimas mak...

Dah la...tak nak cerita panjang. Tengok je la apa saya dapat di kedai ni. Ohh...saya belikan juga satu untuk ibu mertuaku. Karang sampai rumah tengok bawak paper bag bagai, tapi takde untuk dia, kecik hati kan? Baik belikan satu. Satu je, buat hadiah hari jadi. Saya? Ti....ti...tiga je. Hehehehehehe.










Mr Hubby dah bulat mata tengok hasil beg besar yang ada empattiga tudung ni. Tapi bila dah pakai, pandai pulak dia cakap, "cantik isteri abang pakai" ewahh, skema pulak ayatnya! Cantik la kan bang, diskaun 50%!! ;)




4 comments:

Anonymous said...

sampai bila sales tu ye? has nk usha wiken ni...nk cr yg hitam putih ala2 kudang belang..hehhehe

FAM said...

Has: smpi hujung bulan. haa..ada black & white ala dalmation. lawa wooo

l i e y n said...

aku tak berjay ke A hari ni....
by friday, mesti ada rembatan dibuat!
macam main bola plak!

Unknown said...

Leiyn: nt tepek!