expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

July 14, 2009

Timor Timor Place

Semalam semua (bukan semua; mama dan saya je) mogok tak nak masak. Sebab sepanjang weekend duk masak je kan. Masak, kemas, masak, kemas. Ohhh....dah bosan!

So malam tadi kami semua keluar dinner. Ntah macam mana terasa nak cuba kedai Timor Place di Dagang Avenue. Tak silap saya pernah kluar dalam JJCM tapi saya cari plak (iye ke namanya nih?) tak jumpa. Redah aje la.

Kedai ni jual thai food, western dan juga melayu food. Maap le kawan-kawan. Saya memang berkobar-kobar nak ambil gambar (nak tepek dalam blog), in case kalau sedap nak ajak you all gi sana kan. Tapinya, anak dara ku seorang tu pi tinggalkan pulak handphone saya dalam kereta. Camera memang lah tak bawak. Makanya, takde laa gambar apa-apa.

Apa yang kami order?

Papa: Chicken Chop & air suam

Mama: Beef Steak & air asam boi

Mr Hubby: Lamb Chop & teh halia panas

Saya: Nasi goreng USA (kan saya dah cakap, saya makan lagi banyak dari Mr Hubby sekarang!) & Mango Juice Jumbo (share dengan Dania ya)

Dania: Spaghetti bolognaise

Verdict: Hmm....7/10. Saya boleh cakap kedai ni ok dari segi rasa makanannya dan kena dengan harganya. Tidak mahal.

Sapa-sapa nak pegi, kedainya di Dagang Avenue.


3 comments:

~ Ibu ZAAZ ~ said...

hmm...dekat sangat dengan rumahku tapi tak penah lagi jejakkan kaki ke situ.

one day...one day...

~ Ibu ZAAZ ~ said...
This comment has been removed by the author.
Queenin Murni said...

hmm.. i have no idea dagang avenue kat mana.. nak google malas.. :P