expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

July 15, 2009

Kaedahnya Bila Jadi Anak Tunggal

Ramai cakap, "Untung ko jadi anak tunggal. Semua dapat."

Dapat? Dapat apa? Kasih sayang...oh yes!! Memang mak pulun semua. Makan? Hmm, macam orang lain la. Tak kan saya nak makan untuk 2 3 orang kut, ye dok? Duit? Benda? Ohhh... anda salah di situ. Ibu bapa Papa dan mama saya tidak memanjakan saya dari segi itu. Kalau iya, tak kan lah saya bawak keta comel aje, yang dibeli sendiri dan dibayar bulanannya sendiri. Sudah tentu saya tuntut beemer ke, merc ke... kan? Kan?

Sejak sekolah lagi, elaun bulanan saya cuma cukup-cukup. Sama seperti anak orang lain yang ada dua, tiga hatta tujuh beradik sekali pun. Nak beg jenama, kasut jenama? Hmm...sila kumpul duit sendiri. Tapi tipu jugaklah kalau saya kata saya tak dimanjakan langsung. Ada juga ketika apa yang saya mahu, mereka turutkan. Oh oh...bukan senang-senang saje ok! Kena justify why they should give me this and that. Kalau cakap nak kasut Doc Mart yang macam but askar tu pun kena justify tau! Haa...bayangkan alasan-alasan saya masa tu. Hahahahahaha

Cuma yang saya kureng sket bila jadi anak tunggal ni, dan ini selalu juga saya suarakan pada mereka supaya dapat mengelak. Saya selalu kena ikut pergi kenduri kahwin atau apa-apa majlis saudara-mara dan kawan-kawan mereka. Bukan kawan-kawan saya. Tak kan diorang nak ikut pi majlis kawan sayakan? Arghhh...kalau time ni I always wish I have sisters and brothers yang boleh kami baling duit syiling atau lai li tam plom untuk tentukan sapa kena ikut. This is what my cousins always do. Time ni memang saya jelous sangat!

Bukan tak suka pergi kenduri atau majlis ni, ala...you know how a 16yrs-old-teenager react kan? Time ni kan macam ada age conflict sket. Seboleh-boleh tak nak ikut tapi kalau papa dah tinggi suara, apa lagi. Masam muka, masuk bilik dan bersiap. Sampai kat kenduri, dah kenyang, ceria balik. Hahahahahaha!!!

Well, point saya di sini, even though I'm almost four years married with a daughter, I still have to go through this phase. Oh yes people, saya masih kena ikut ke kenduri atau majlis, especially function kawan-kawan mereka. Ini terjadi kalau papa or mama saya tak free masa tu. For instance, Sabtu ni ada dua majlis; kenduri kahwin & cukur jambul. Dua-dua majlis kawan mereka tapi sebab papa saya ada keja, maka saya sekeluarga harus meneman mama saya ke majlis-majlis itu. Ohhhh...sangat malas okeh!!

Dania, cepatlah besar nanti boleh pi teman papatuk or nenda otei!

3 comments:

Anonymous said...

mcm tu kisahnye jd anak tunggal yea..
hmm...dulu mmg plan nak anak sorang aja, iaitu AC. tp bila dia dah start mintak " mama, ac nak adik"..terpaksa gak la bg kan..heheheh.

FAM said...

Honey: apo nak buek, rezeki mak pak dpt i sorang jek! hehehehehe

noniey said...

kalau orang tengok, sume nya nampak best je kan jadi anak tunggal...