expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

July 3, 2009

Menu Dinner Semalam

Kalau dah nama duduk di rumah, semestinya expectation dari warga rumah yang lain adalah saya akan masak dinner. So pukul 530pm saya dah bersilat bertempur di dapur. Maklumlah, sambil di dapur saya berkejar pulak ke ruang tv tengok keadaan Dania, especially tangannya menggaru atau tidak. Phewww, exercise mak petang-petang nih, berlari jarak dekat berulang kali.

Maka inilah dia santapan malam anak beranak. Rupa butter prawn saya sedikit tidak menjadi. Tang butter & telur tu tak bersarang macam di kedai-kedai chinese seafood tu. Cmne nak jadikan bersarang tu ek? Nevertheless, seisi rumah mengatakan sedap. Ntah iya ntah nak sedapkan hati.... hohohohoho

Butter prawn yang kurang menjadi


Hidangan tambahan. Ikan kembung goreng kicap dan sup bayam bersama carrot dan telur. Carrot adalah lauk wajib di rumah kerana si anak dara nan seorang hanya nak makan carrot saje!

Selepas makan malam, harus ada dessert pulak kan? Maklumlah jarang-jarang dapat makan awal. Kali ini kami dinner jam 8pm, selalunya 9pm atau 930pm. Dessert sekadar ice cream fondue Walls aje.


Mana nak beli bekas ice cream fondue tu ek? Mr Hubby suggest guna je bekas aromaterapi tu. Ada kaa??

5 comments:

mamaDhea said...

MDania,
saya mmg tak gheti buat udang butter nih.. hehe.. tak penah cuba pon sbb cam payah plak nak wat telur tu bersarang..

selalu klu udang (selain sambal tumis) saya buat goreng nestum ataupon goreng bercili..

l i e y n said...

aku buat butter prawn pun tak pernah jadik yg bersawang tu....
sam jek ngan rupa yg ko buat tu..

mama hannah said...

menariknye tgk butter prawn nih..heh heh

MommyDania said...

MDhea: xsusah pun buat butter prawn ni, cumanya tak bersarang la. rasa, vadevas

Lieyn: haa...nape ek?

Tun: sila buat!

mama uzma said...

keh3....
ok la tuh kak...janji sodap...
tgk pun da wat selera apatah lg klu mkn...hihi....