expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

July 9, 2009

Sedih mak nak oiii

Selama Anak Wayang (AW) di Astro Ria mula, saya tak pernah tengok, apa lagi mengikuti. Bila abis AF, dah takde feel nak tengok AW. Menarik ke? Tapi semalam tengah duk tukar-tukar channel, tersinggah kat sesi AW yang hosnya adalah si cantik manis Fazura tu. Dia memang gojes!

Masa tukar-tukar channel tu Dania tengah mewarna coloring book dia. Sambil tu dia tengok la saya stop kat channel mana, dengan harapan saya akan singgah 613 dan dia akan menjerit-jerit "Katon...katon!!"

So lepas tengok Fazura tu sekejap, saya anjak ke channel lain lagi. Dania jerit, "Nak tengok tadi! Nak tengok tadi!" Konpius mak ok. Sejak bila pulak dia nak tengok rancangan macam tu. Takpe, saya patah balik demi anak tersayang dan sebab tak larat nak dengar dia jerit-jerit.

Dia tengok Fazura penuh tekun. Saya tanya dia,

"Best ke cite ni Nia?"

"Haa...kakak tu cantik sangat!" wahhh! Sudah pandai tengok orang cantik ke idak.

"Ohh...kakak tu cantik ye? Mommy cantik?"

"Mommy gemuk"

Ohhhh!!! Macam kena panah jantung saya masa tu. Mr Hubby dah gelak-gelak disebalik suratkhabar yang konon-konon baca tu. Ohhh.....sedih hati mak nak oiii.....

13 comments:

bintangku said...

bdk2 ckp betul2... tak kaber2 lg. Kite yg t'kene nie kene redho jer ler...

salam kenal dari sha.. :)

mamaDhea said...

ekekeke.. tu laa, lenkali jgn cari pasal.. :P

mama hannah said...

harharhar..lawakla dania nie..sabor jer la ek beb :D

MommyDania said...

Sya: salam ;) tu la..dh lurus sgt pun susah, tak pandai beli jiwa lngsg

MDhea: aku mengharapkan jawapan yg sama...huhuhuhu

Tun: apo nak buek beb

Mama Adib said...

kah kah budak2 cakap lurus bendul tau

ahak.. sabar je laaa

mama uzma said...

kah3...
x dapat nak bayangkan mcm mana muka
akak masa nia ckp mcm tuh...

lawak ah nia....

pstt : nia syg..k.iena cantik x...??

takut lak nak dgr jawapan nia nnti..hihi

MommyDania said...

MAdib: daku pasrah aje

Iena: try la tanye...heheheh

KV said...

akak pun syok ngan fazura. Sungguh gojes kan dia?

Alah, dania gurau jer tu. Hehe

Umi Nawfal.. said...

achic, syukur.. dania jujur orgnye.. keh keh keh

MommyDania said...

KV: mmg kak..muka dia mmg cun melecun

achu: iye...mak vangga! huhuhuuhu

l i e y n said...

luahan jujur seorang anak....
huhuhuhuhu
truth hurts!

noniey alias said...

sama lah dgn anak aku semalam... tiba2 je balik umah, dia bleh cakap 'eeeee... mama uncit!'.... tensi betulll. memang dasyat dah ni kalau anak kita dah pandai nak tegur kita nih...

MommyDania said...

lieyn: mak redha je laa..

noniey: anak aku tau buncit sbb ada baby. tp dia bantai ckp abah pun ada baby sbb buncit. hahahahah