expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

September 2, 2009

Its that time of the year again

Seperti yang dijanjikan, maka kami sekeluarga lima beranak telah melawat tapak lembah tengah dan juga taman. Sampai dalam pukul 11am, semangat sungguh nak shopping saat² akhir mega sales nih. Jenuh juga berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Dari lembah tengah ke taman pun boleh tahan penat. Tapi berbaloi! Well, at least everybody brings something back. Tidaklah tangan kosong.

Dania la paling sakan. Saya jarang² ke Metrojaya. Skali pegi sana tengok Sommerset Bay ada sale. Best sangat! So raya tahun ini Dania adalah sangat gedik dengan dresses yang berbling² manik bagai. Kesemua dresses dan baju² Dania dari 50%...mana tak excited mommy nih. Hehehehe...

Ohh...since pegi tempat sesak² ni, dan mengikut saranan bestfriend saya, kami sekeluarga memakai face mask. Mula² kelakar je rasa masa pakai tapi lama² ok. My mom siap cakap, "best jugak pakai face mask ni, nak menguap senang" Hahahahahahahahaha... boleh?


Anak sapa nih???



2 comments:

noniey said...

dania ok ke pakai mask tu? dia ada cabut2 tak? cam anak aku, so far memang ok pakai.. alhamdulillah.. sejuk rasa perut mengandung.. hehehe

honeylanz said...

ac je pakai mask. ery x nak. mama n abah? degil !!! heheh