expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

December 10, 2009

Cara Masak Mussel

Merujuk kepada entry sebelum ini. Secara ringkas saya sharekan cara saya masak mussel. Ntah iya ntah tidak tapi pada anak tekak saya dan seisi rumah semuanya thumbs up! Kira luluslah.

Mussel yang dibeli di tepi jalan Muar ni secara semulajadi mengandungi antioksidan bewarna hijau dan bertutup. Macam kerang tu. Tapi proses mencuci mussel nih remeh sket ye. Memang kena sental la. Saya selalu guna pisau dan berus untuk buang bendasing di luar cengkerang mussel tu. Secara semulajadi juga benda² seafood ni kan berair. Seperti juga kalau masak sambal udang atau sotong, saya akan masak dulu mussel, sotong dan udang itu untuk buang airnya. Caranya? Ketuk beberapa ulas bawang putih dan halia dan masukkan ke dalam kuali bersama² mussel tadi. Jangan lama sangat, janji airnya dah keluar dan mussel tu dah terkopak (terbuka dan nampak isinya). Ok, dah boleh tutup api dan angkat.

Lepas tu dek non, bolehlah tumis apa saja ikut citarasa anak tekak uols, nak buat sweet sour dengan nenas, timun dan lada benggala ke, nak buat masak pedas ke, butter sauce ke. Agak² resepi dah naik bau semerbak, masukkan mussel tadi dan kacau hingga sebati. Dah dah.. jangan lama sangat sebab mussel tu dah sedia masakkan. Tengok balik perenggan atas tu, kan uols dah masak buang air mussel tu sambil buang hanyirnya., kan? Ok, dah angkat dan hidangkanlah dengan nasi putih lembut panas² atau garlic bread rangup².

Haaa....sure suami uols terpegun dan teruja bila tengok ada mussel atas meja tu. Ye la..asyik² ikan kembung kicap, telur dadar aje kan. Skali skala tambat peruthati dia dengan resepi lain sket. Pasti puas hati!

Renung-renungkan dan selamat beramalmemasak!

5 comments:

saudah said...

saya pun suka beli mussels kat area muar tu. mmg fresh.

kenapa tak beli yg siap cuci? saya tak reti nak cuci, tu yg sesiap beli yang dah bersih.

siap tanya pada abg penjual nak masak apa. dia kata kalau taknak kacau rasa fresh mussels tu, just rebus ngan halia n bwg putih aje. dah try, mmg sedap.

jgn lupa buang tali hitam masa makan..ala yg mcm rambut tu. abg penjual kata kalau tak buang, takut sakit perut nanti.

enjoy the mussels..

Ealyie said...

bersihkan kupang kena buang yg serat2 tu kan.. idak kalu tak sedap.. terer la hang masak beb.. aku terliur mendengornya...

p/s: aku mmg malas masak.. hahaha

Fid said...

kalau nak sental2 ni lomah den
mak tunggu tuan blog wat party mussel laaaa

KV said...

akak beli yg dlm peket jer. LAut sini takdak kupang. Huhu

MommyDania said...

Saudah: eh..ada org jual dh siap cuci? hmm..kena cari nih!

Ealyie: ala..campak2 jek weh..

Fid: ibarat menunngu bulan jatuh ke riba. ahaks

KV: aah..saya tanya ayah sy mmg takdak la kt sana.