expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

August 19, 2010

Movie Marathon 3 Malam Berturut

Masa di Muar, Mr Hubby ada belikan dvd cetak rompak untuk si anak dara. Sementelah dia dah tau kat mana ada jual dvd, cepat je dia ajak abahnya pegi tengok. Tak sampai 20 saat, dia dah melompat gumbira sambil tunjuk dan jerit² "Nia nak tu! Nia nak cd barbie!"

Dengan kos rm10, dapatlah 6 movies in 1 dvd. Kelassss tak gitu? Perbelanjaan berhemah sangat! Hahahahahaha. So sejak balik dari Muar, setiap malam adalah malam barbie. Mak pak ni takde can la nak tengok citer lain kena jugak menghadap barbie tu.

Ingat tadi, dvd yang dibeli adalah 6 in 1. Bukan 2, bukan 3 tapi ada 6! Maknanya ada 6 movies barbie dalam tu. Malam pertama mak pak ni join sekaki layan anak dara tengok barbie. Oklah, syok jugak tengok sama macam tengok movies lain la. Malam kedua dan ketiga, mak pak naik berperang dengan anak dara sebab sekali lagi saya ingatkan, dvd tu ada 6 movies! Anak dara tak nak jugak mahu yang 1 tu sahaja. Adoiiiiiiiiiiiii!!!

3 malam berturut kena tengok ni je la...


Ok, yang brunette tu Alexa, yang blonde itu Liana. Liana's dog namanya Sparkle, Alexa's dog is Lily. Anak dara tak sudah² suruh pilih antara dua barbie tu. Tiap kali saya pilih Liana, dia cakap tak boleh sebab saya adalah Alexa dan dia adalah Liana. Tapi lepas tu tanya lagi suruh pilih lagi. Adoiii!!! Saya dah bolehlah nyanyi lagu² dalam movie nih. Lepas ni kalau saya bercakap macam barbie, sila memahami.

6 comments:

mama uzma said...

hahahaha
lawak la nia nih...
patut la duk bercerita ngan geng2 dia..yg kawan2 ni pun dengar jelah...

JaNnAh said...

hahahah..
nia, nia.. kelakar la..
achic, jap lg nisha pon join kakak jugak..

Queen said...

hihi..saya pun suka tgk movie barnie..best...ngeeee

FAM said...

Iena: ye ke? ntah apa dia kelentong kwn2 dia tu. mulut mesti muncung skali. hehehe

Achu: tak yah jap lg, skrg pun dh sibuk pot pet bahasa german dia. riuh 1 rumah

Queen: kalau purple2 ni sy suka dibo. hehehe

cc said...

haha nia..nia.

anak2 sedara kat rumah tu pun semedang tgk cartoon, tepu otak den tgk cartoon.

tp nasib baiklah blh tukar time csi dan cerita2 tpilih yg lain :P

FAM said...

CC: cmtulah kalau dh duk dgn bdk2 dik. nama je bdk, propaganda lg habat dr org tua.